Tuesday, April 13, 2010

SALAM PERPISAHAN BUAT GB SK TEMALIR

Sempena Perpisahan Guru Besar SK Temalir, Pn. Hjh Azizah bt Mat Zin, Asrama SK Temalir telah menyampaikan sedikit cenderamata buat beliau sebagai tanda kenang-kenangan diatas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berada di SK Temalir khususnya dalam mengemudi Asrama SK Temalir ini. Cenderahati tanda kenang-kenangan buat beliau telah disampaikan oleh PK HEM SK Temalir, En. Zakaria bin Daud dalam majlis perpisahan yang telah diadakan di Dewan Sri Anis pada 12 April 2010 yang lalu.





Cenderahati daripada Penender Kantin Asrama yang telah disampaikan oleh PPM Asrama, Pn. Norhayati bt Hussin



Tanda kenang-kenangan daripada Warden Asrama SK Temalir, En. Mohd Razizi bin Arifin dan Cik Nur Hazrina bt Ishak buat Guru Besar, Pn. Hjh Azizah bt Mat Zin.





Saat hiba PPM Asrama, Pn. Norhayati bt hussin dan Warden Asrama SK Temalir, Cik Nur Hazrina bt Ishak semasa sessi bersalaman dan bermaaf-maafan dengan Pn. Hjh Azizah

Ingat Kami dalam Doa Kak Zah...........

Saturday, April 10, 2010

Wajah Asrama SK Temalir





Thursday, April 8, 2010

Jasamu Dikenang- Pn. Hjh Azizah bt Mat Zin

Asrama SK Temalir khususnya, bakal kehilangan Guru Besar yang amat disayangi dan disanjungi, Pn. Hjh Azizah bt Mat Zin yang akan ke SK Seneng, Bachok.Jasa dan pengorbanan beliau dalam mentadbir sekolah khususnya Asrama SK Temalir amat baik dan cemerlang. Kami Seluruh warga Asrama Desa SK Temalir, mengucapkan semoga beliau success bertugas ditempat baru nanti dan jangan lupakan kami warga Asrama SK Temalir.


Salam perpisahan buat Pn. Hjh Azizah....

Tuesday, March 16, 2010

Selamat Pengantin Baru Zahidah & Zamzuri

Selamat Pengantin Baru diucapkan buat Jaga Asrama SK Temalir dan Pekerja Dewan Makan Asrama SK Temalir, Zahidah bt Che Idris dan Zamzuri bin Mohd Zain yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 13 Mac 2010 yang lalu...

Kami seluruh warga SK Temalir khususnya Asrama Desa SK Temalir sekali lagi mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat....

Monday, March 15, 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Asrama SK Temalir 2010/1431

Sempena bulan Rabiul Awwal 1431 hijrah, Asrama SK Temalir telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Asrama SK Temalir 2010/ 1431 Hijrah pada:

Tarikh: 10 Mac 2010 (Rabu) Masa: 7.15 Malam Tempat: Musalla Asrama SK Temalir

Aturcara Majlis:

7.15 Mlm: Murid dan guru serta jemputan berkumpul di Musalla
7.30 Mlm: Solat Maghrib berjemaah
-Solat sunat Hajat
8.00 Mlm: Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mazlan bin Adam
-Selawat dan doa
-Solat Isyak berjemaah
10.00 Mlm: Jamuan dan bersurai