Tuesday, April 13, 2010

SALAM PERPISAHAN BUAT GB SK TEMALIR

Sempena Perpisahan Guru Besar SK Temalir, Pn. Hjh Azizah bt Mat Zin, Asrama SK Temalir telah menyampaikan sedikit cenderamata buat beliau sebagai tanda kenang-kenangan diatas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berada di SK Temalir khususnya dalam mengemudi Asrama SK Temalir ini. Cenderahati tanda kenang-kenangan buat beliau telah disampaikan oleh PK HEM SK Temalir, En. Zakaria bin Daud dalam majlis perpisahan yang telah diadakan di Dewan Sri Anis pada 12 April 2010 yang lalu.





Cenderahati daripada Penender Kantin Asrama yang telah disampaikan oleh PPM Asrama, Pn. Norhayati bt Hussin



Tanda kenang-kenangan daripada Warden Asrama SK Temalir, En. Mohd Razizi bin Arifin dan Cik Nur Hazrina bt Ishak buat Guru Besar, Pn. Hjh Azizah bt Mat Zin.





Saat hiba PPM Asrama, Pn. Norhayati bt hussin dan Warden Asrama SK Temalir, Cik Nur Hazrina bt Ishak semasa sessi bersalaman dan bermaaf-maafan dengan Pn. Hjh Azizah

Ingat Kami dalam Doa Kak Zah...........

0 comments: